SISTEM PEPERIKSAAN

Sunday, April 4, 2010

Sistem peperiksaan di Universiti Al-Azhar terbahagi kepada dua peringkat

1)      Imtihan Syafawi ( lisan )

2)      Imtihan Tahriri ( bertulis )

IMTIHAN SYAFAWISibuk d bilik syuun

·         Im tihan berbetuk lisan

·         Ia dijalankan samada seminggu sebelum atau selepas imtihan tahriri bebeza mengikut kuliah masing-masing

·         Pelajar diwajibkan menghafal Al-Quran mengikut muqarrar yang telah ditetapkan,

·         Untuk pelajar tahun pertama, biasanya akan ditetapkan untuk menghafal satu atau dua juzuk awal, oleh itu, diharapkan dapat buat persediaan awal sejak dari Malaysia lagi

·         Selain mata pelajaran Al-Quran, terdapat beberapa meta pelajaran yang lain yang terdapat dalam ujian syafawi seperti Feqh Syafie, Feqh Muqarron dan lain-lain

IMTIHAN TAHRIRI

·         Imtihan bertulisimage

·         Setiap mata pelajaran di Universiti Al-Azhar berbentuk tulisan

Universiti Azhar mengamalkan sistem 2 fasal ( semester ) bagi setiap sesi pengajian :

·         Fasal Pertama : September – Disember

·         Fasal Kedua : Februari – Mei

·         Kehadiran ke kuliah tidak diwajibkan namun ada ura-ura mengatakan bahawa Al-Azhar akan mewajibkan kehadiran ke kuliah ( WaAllahu Alam )

·         Hari pengajian adalah setiap hari kecuali hari jumaat ( cuti umum )

·         Masa pengajian bagi musim sejuk pula jam 10 pagi dan 9 pagi bagi musim panas

  • akhir waktuPengajian adalah bergantung kepada pensyarah

·         Kelas tambahan bergantung kepada pensyarah

·         Kertas kerja atau assignment hanya untuk subjek tertentu dan kuliah tertentu

 

·         System pemarkahan adalah seperti berikut

Bil

markah

pangkat

Status

1

90-100

Mumtaz

Lulus ( B.A Hons )

2

80-89

Jayyid jiddan

Lulus ( B.A Hons )

3

65-79

Jayyid

Lulus ( B.A Hons )

4

50-64

Maqbul

Lulus

5

31-49

Dhoif

Gagal

6

0-30

Dhoif jiddan

Gagal

·         Kelayakan untuk lulus dan meneruskan pengajian ke tahun seterusnya adalah berdasarkan keputusan peperiksaan . gagal 2subjek dari keseluruhan subjek yang diambil adalah kelayakan minimum bagi seseorang mahasiswa untuk meneruskan pengajian ke tahun seterusnya.

(Pada tahun pertama ada 14 subjek keseluruhan )

Ø  Gagal 2 subjek = mendapat kelayakan minimum untuk meneruskan pengajian tahun kedua Al-Azhar pada tahun hadapan

Ø  Gagal 3 subjek keatas = gagal untuk meneruskan pengajian tahun kedua al-azhar pada tahun hadapan dan masih kekal di tahun pertama dengan mengulang kembali subjek-subjek yang  gagal itu.

·         Keputusan peperiksaan akan ditampal di bagunan kuliah masing-masing. Tiada slip keputusan rasmi yang akan dikeluarkan kecuali selepas tamatnya pengajian tahun akhir ( tahun ke-empat )

·         Pengiktirafan ijazah adalah bergantung kepada nilaian keseluruhan keputusan peperiksaan dari tahun pertama sehingga tahun terakhir.

kepada para calon mahasiswa, anda tidak perlu risau akan yuran kuliah kerana, Al-Azhar tidak menetapkan bayaran yuran kuliah, anda hanya perlu menyediakan sekitar RM 50 bagi tujuan membuat urusan di Al-Azhar untuk satu tahun.

Share on : Facebook Twitter Google+

3 comments:

  1. slm..thx 4 sharing this..dptlh jgk ana tau serba sdkit psl u ini..amat bminat dgn u al-azhar.. =)

    ReplyDelete
  2. salam...sekiranya tak lulus dalam imtihan syafawi,apakah tindakan yang akan diambil ya...?

    ReplyDelete
  3. Salam....subjek yg kita exam semasa di faslu awal,.. Kita exam balik ke smasa faslu sani?

    ReplyDelete

Mohon sertakan maklumat perhubungan lengkap seperti Facebook supaya Admin mudah memberi jawapan jika ada kemusykilan.